Postingan

Menampilkan postingan dengan label Lelaki Gagal Jumpa Jalan Keluar Rumah Selepas Pecah Masuk dan Mencuri

Lelaki Gagal Jumpa Jalan Keluar Rumah Selepas Pecah Masuk dan Mencuri

Gambar
Niat seorang lelaki untuk mencuri tidak kesampaian apabila dia tidak berjaya melakukan misi itu sehingga selesai. Menurut Sinar Harian, seorang lelaki telah ditangkap ketika cuba melarikan diri bersama barang berharga milik sebuah keluarga di sebuah rumah di Kampung Mengkuang Masjid, Baling, Kedah. Ketika kejadian yang berlaku Jumaat lalu kira-kira jam 1.15 pagi, tuan rumah, Omar Gul Hadzrat Gul, 77, ternampak kelibat seorang lelaki di dalam rumahnya. “Waktu itu saya nak keluar pi tandas, tiba-tiba perasan ada seorang lelaki kepala botak duduk atas kerusi di meja makan. Dia nampak macam letih.” Omar yang juga seorang pengamal perubatan kemudian bertanya sama ada lelaki itu adalah pencuri dan mengapa dia tidak keluar dari rumah. Ternyata lelaki itu sebenarnya tidak menemukan pintu keluar dan tidak dapat ingat arah dia memasuki rumah tersebut. Ketika itu, Omar terus memegang tangan pencuri berkenaan dan menendang ke muka menyebabkan lelaki tersebut pengsan sebelum diserahkan k...