Postingan

Menampilkan postingan dengan label Berbilion ringgit rugi di bawah Mahathir. Kata Najib

Berbilion ringgit rugi di bawah Mahathir. Kata Najib

Gambar
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya gagal ketika mentadbir sehingga negara mengalami kerugian berbilion ringgit dan kurang mengambil peduli kepentingan perkhidmatan pengangkutan awam untuk rakyat. Malah, menurutnya, tindakan menyelamat terpaksa diambil ke atas projek-projek Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas, sedangkan pentadbiran kerajaan sekarang berjaya menyiapkan projek kemudahan transit aliran massa (MRT) dengan kos munasabah. “Proton Holdings Berhad (Proton) gagal dan kena diselamatkan dengan beri RM1.5 bilion dan tambah lagi RM1.5 bilion. Perwaja Holdings Berhad (Perwaja), Malaysia Airlines (MAS) dan Empangan Bakun pun rugi. “Zaman dia (Dr Mahathir), kerugian sebanyak RM33 bilion dalam urus niaga mata wang asing (forex). Dia asyik sebut pasal 1MDB sedangkan kita ada tanah dan aset yang boleh tarik pelabur dan mengembalikan semula keuntungan. “Kerugian RM33 bilion itu siapa hendak jawab? Nanti dia ...