Orang Ramai Sanggup Beratur Beli Nasi Lemak RM1 Demi Membantu Wanita Ini
Semestinya apabila kita melihat orang yang dalam kesusahan, sedikit sebanyak kita mahu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka. Lynn Ahmad, seorang pengguna Facebook yang kebetulan berada di stesen minyak di Ampang ternampak seorang peniaga yang menjual nasi lemak berharga RM1 sahaja. Namun, bukan harga nasi lemak tersebut yang telah menarik perhatian wanita itu tetapi penjualnya. Wanita tersebut tersentuh hati apabila melihat penjual itu gigih menjual nasi lemak di bawah panas terik sambil menjaga 3 orang anaknya. “Sedih tengok kak ni dengan 3 orang anak dia datang niaga. Akak ni dengan niaga, dengan nak kawal anak lagi.” Menurut status tersebut, kelihatan semua anaknya masih kecil lagi tetapi tetap sabar dan tidak banyak kerenah menemani ibu mereka yang bersungguh-sungguh mencari rezeki buat keluarga. “Nasib la anak akak ni baik duduk tepi tu, jalan raya kan bahaya kalau buas-buas tapi mereka baik je tiap petang aku lalu mesti duduk baik je tepi tu